Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan, telah ramai kapal karam didalamnya..
Andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini...



Monday, 12 December 2011

Kawal Nafsu !


Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya."Siapkan bekalan. Mari ikut saya bermusafir," kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu."Apa yang perlu saya bawa?""Bawa pakaian sehelai dua," jawab guru sufi.Mereka pun memulakan perjalanan yang agak jauh. Setelah agak lama,mereka menemui satu bukit yang agak tinggi."Kita akan mendaki bukit ini."
"Mana jalannya?""Kita susuri jalan di tepi lereng bukit," kata guru sufi."Nanti, nanti... saya sangat keletihan. Alangkah baik jika ada keldai. Kita boleh menunggangnya.""Kamu hendak menunggang keldai? Baiklah, mari kita membelinya dahulu."Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi. Dia sangat-sangat keletihan. Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata, "Sekarang ada dua ekor keldai. Saya akan menunggang salah seekor daripadanya...""Dan saya akan menunggang seekor lagi," pintas pemuda itu."Tidak!" kata guru sufi itu."Mengapa?""Jangan bertanya, patuh saja!"Pemuda itu terkejut, tapi tidak berani melawan."Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa membawa apa-apa beban?""Tidak, sebaliknya kamulah yang akan memikulnya!""Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi itu?""Ya. Pikul keldai itu dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.Maka dengan susah payah, dia memikul keldai itu sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu. Termengah-mengah. Dia benar-benar keletihan. Sebaliknya guru sufi bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu. Belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu pun jatuh keletihan. Dia hampir pengsan. Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman,guru sufi itu pun berkata, 

"Anakku,keldai itu umpama nafsumu. Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya.""Maksud tuan?""Dengan menurut nafsumu, kau akan disusahkannya. Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya. Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."Pemuda itu terdiam."Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan. Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurinya.""

Seperti saya yang memikul keldai tadi?""Ya. Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit itu dengan menaiki keldai. Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan.""Ya,ya. Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai menaiki bukit!"

PENGAJARAN: Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita. Oleh sebab itu, kawallah nafsu bukan kita dikawalnya. 

KIAMAT


Pada waktu itu,adalah hari kiamat,di mana kaum dan umatku(Rasulullah SAW)dikumpulkan menjadi 12 bahagian(SIRI 1)

BAHAGIAN 1:Mereka dikumpulkan dalam bentuk kera.Mereka ini adalah org yang menfitnah.Seperti disebutkan dalam firman Allah:
''Dan fitnah itu lbih bsar bhayanya dri pda pmbnuhan''(QS.AL-BAQARAH:91)

BAHAGIAN 2:Mereka dikmplkan dlm bntk celeng.Mereka ini adlh org yg ska mkn bnda hram.Sebagaimana disebutkan Allah dalam firmanNya:
''Mereka itu adalah org-org yg ska mndngr brita bhong,bnyak memkn yg hram''(QS.AL-MAIDAH:42)

BAHAGIAN 3:Mereka dikumpulkan dlm keadaan buta dan binggung.Mereka jga digntung oleh mnusia lain.Mreka ini adlah org yg melewati btas dlm hkum.sperti disebutkan dlm firman Allah:
''Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kpd yg berhak menerimanya,dan(myuruh kamu)apbila menetapkan hukum diantara manusia spaya kmu menetapkan dgan adil.Sesungguhnya Allah membri pengajaran yg sebaik-baiknya kpadmu.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat''(QS.AN-NISA:58)

BAHAGIAN 4:Mereka dikumpulkan dlm keadaan tuli dan bisu.Mereka ini adalah org2 yg menyombongkn diri dgn amal perbuatannya.Seperti dijelaskan Allah dlm firmanNya:
''Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak mnyukai org2 yg sombong dgn membangga-banggakn dirinya.''(QS.AN-NISA':36)

BAHAGIAN 5:Mereka dikumpulkan dgan mulutnya mngalir nanah,dn mreka mnanam lidahnya.Mreka ini adalah pra ulama yg menyimpang antra prkataan mreka dgn perbuatanya.Sebagaimana disebutkan dlm firman Allah:
''Mengapa kamu seru org lain(mengerjakan)kebaktian,sdang kmu lpa akan diri kmu sndiri''.(OS.AL-BAQARAH:44)

BAHAGIAN 6:Mereka dkumpulkan dgan keadaan tbuhnya pnuh dgan luka dri api neraka.Mereka ini adalah org2 yg menjdi saksi dgn kedustaan..



BAHAGIAN 7:Mereka dikumpulkan dgn keadaan tlpk kakinya brada di dahinya diikatkn pda jmbul kplanya,dn bau mreka yg sngt bsuk sprti bgkai.Mereka ini adlh org2 yg mengikuti syhwat dn klazatan,srta keharaman.Seperti djlskn dlm firman Allah Ta'ala:
''Itulh org2 yg mmbli khdpn dunia dgn(khidpn)akhirt''(QS.AL-BAQARAH:80)

BAHAGIAN 8:Mereka dkmplkn dlm keadaan mbuk,yg jlnnya jtuh bngn ke knn dn ke kri,lsannya kluar dri tengkuknya.Mereka ini adlh org2 yg mncgh hak Allah.Sebagaimana disebtkn dlm firman Allah:
''Hai org2 yg beriman,nafkahkanlah(di jln Allah)sbhgian dri hsil usahamu yg baik2.(QS.AL-BAQARAH:207)

BAHAGIAN 9:Mereka dkmplkn dgn mmkai celak dri tmbga merah.Mereka ini adlh org2 yg tdk menjauhkn dri drpd perbuatan qhibah(mnunding jri kpd org lain)sprti djlskn Allah dlm firmanNya:
''Dan janganlah kamu mncri2 kslhn org lain dn janganlh kmu menggunjing sbhgian yg lain''.(QS.AL-HUJURAT:12)

BAHAGIAN 10:Mereka dkmplkn dgn keadaan lisanya kluar dri tengkuknya.Mereka ini adlh org ug ska mngadu domba.

BAHAGIAN 11:Mereka dkmplkn dlm keadaan mabuk.Mereka ini adlh org yg ska mmbincngkan hal duniawi di dlm masjid pdhal masjid adlh tmpt untuk beribdah.Hal ini djlskn dlm firmanNya:
''Dan sesungguhnya masjid itu kepunyaan Allah''(QS JIN:18)

#BAHAGIAN 12..ALIMIN TK DPT TULIS SBB RSA MCM SOMETHING WRONG DGN ARTIKEL YG SYA BRI..SBAB DRI SUMBER SYA..KEDUA-DUA BELAS GOLONGAN YG AKN DIHIMPUNKAN..TIDK ADA SATUPON YG BERKEADAAN BAIK..SEMUANYA DLM KEADAAN HINA..HRP MAAF..KLAU SALAH HRP PERBETOLKN...MAAF SEKALI LGI..


PEREMPUAN,TUDUNG DAN CANTIK..


1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIACANTIK. DAN DIA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT..


"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"
RENUNG-RENUNGKAN :)

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYI



Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu

PENJELASAN TENTANG ZIKIR MUNAJAT


Berkenaan persoalan Zikir Munajat. Penulis perturunkan di sini keputusan daripada Panel Kajian Aqidah Bah. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (sekarang JAKIM) kali ke-7/1996 yang bermesyuarat pada 24 dan 25 Ogos 1996. Mesyuarat telah memutuskan bahawa zikir berkenaan mengandungi kalimah-kalimah yang bertentangan dengan konsep Islam. Di antaranya mengenai konsep Nur Muhammad. Mesyuarat bersetuju zikir berkenaan tidak diamalkan dan tidak disiarkan di media massa. 

Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju supaya rangkap zikir berkenaan diubahsuai seperti berikut:-

حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله 
kepada
حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم

نور محمد صلى الله
kepada
نبي محمد صلى الله

dan dibuang
ليس لها من دون الله كاشفة

Ulasan:

Penulis berpandangan Panel Aqidah berpendapat bahawa terdapat nas yang lebih baik yang ma'thur untuk diamalkan berbanding ucapan yang ada di dalam Zikir Munajat. Oleh kerana itu 'hasbi rabbi..' ditukar kepada 'hasbiyallah...' kerana 'hasbiyallah..' zikir yang dianjurkan oleh al-Qur'an dalam surah al-Taubah ayat 129.

Ucapan 'Nur Muhammad Sallallah' juga didapati tidak jelas kerana menisbahkan salawat kepada 'nur' bukan kepada nabi. Ia dibimbangi mempunyai unsur-unsur doktrin 'Nur Muhammad' yang menyeleweng daripada aqidah Islam. Oleh itu, ditukarkan kepada 'Nabi Muhammad Sallallah'. 

Manakala ucapan 'laisa laha min dunillahi kasyifah' juga meragukan kerana tidak diketahui apa yang dimaksudnya dengan ucapan itu. Sedangkan 'laisa laha min dunillahi kasyifah' adalah ayat al-Qur'an di dalam surah al-Najm ayat 58. Para mufassirin bersepakat bahawa ayat ini membicarakan soal hari Qiyamat yakni "Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (hari Qiyamah) selain Allah". 

Bagaimanapun, keputusan Panel Aqidah JAKIM ini bukanlah keputusan fatwa yang mengikat mana-mana pihak, tetapi ia adalah nasihat dan penjelasan mereka kepada masyarakat awam berkenaan zikir tersebut. Wallahu a'lam. 
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...