Barulah saya tahu.. kenapakah dakwah itu begitu besar pahala dan kebaikannya.
Barulah saya faham.. kenapa dakwah itu dinamakan suatu perjuangan.
Barulah saya sedar.. kenapa bukan calang-calang orang mampu berdakwah.
"Jika ALLAH memberi hidayah kepada seseorang lantaran keranamu,
maka itu lebih baik bagimu berbanding setiap apa yang disinari matahari."
(Riwayat Tarmizi)
Ternyata ALLAH cukup hebat menilai. Diberikan kepada hambaNYA sesuatu penghargaan yang teramat hebat jika berjaya melaksanakan amar makruf nahi mungkar.Itulah kerana kentalnya dugaan yang bakal diharungi.
Sebab itulah juga manusia tetap diberi rukhsah.
"Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangan.
Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lidah.
Sekiranya masih tidak mampu, maka ubahlah dengan hati.
Dan mengubah dengan hati itu ialah selemah-lemah iman."
Kita diberi kelonggaran iaitu kalaulah kita bukan berkuasa untuk mencegah kemungkaran dengan tindakan kita seperti menguatkuasakan undang-undang, menangkap penjenayah, kita masih lagi boleh menasihati orang yang berbuat mungkar dengan apa jua cara yang berhikmah, itulah bakti dengan lidah. Namun jika kedua-duanya tetap tidak mampu, maka tetaplah membenci kemungkaran itu dalam hati. Itulah darjah keimanan yang paling rendah.
Bila saya renungkan apa yang terkandung dalam hadis ini, saya rasa banyak sangat pengajarannya. Saya rasa, setiap satu hadis atau ayat al quran itu sebenarnya terlalu tinggi keajaibannya. Bukankah semuanya datang dari ALLAH..
Disebut darjah keimanan dalam hadis ini dalam frasa selemah-lemah iman. Kalau difikirkan, kenapa agaknya ya? Kenapa dikatakan membenci dengan hati adalah selemah-lemah iman? Saya bertanya sekian lama, kini saya mula mendapat ilham berdasarkan keadaan yang sedang berlaku masa kini.
Sebab bukanlah semua orang mampu berdakwah dengan hebat. Mungkin juga ada potensi tapi tidak ada keinginan dan usaha, mungkin juga ada keinginan tetapi tiada usaha. Apapun, setiap manusia itu punya potensi, tetapi terpulanglah bagaimana mengembangkannya.Sungguh saya kagumi insan-insan yang telah menjadi pendakwah yang hebat. Saya kagum melihat mereka yang rela berkorban dalam berdakwah. Maka bagi orang yang mampu menahan segala macam dugaan, sanggup meneruskan perjuangan, saya fikirkan tentulah kerana iman mereka yang sangatlah kuat.Bagi mereka yang tidak mampu mungkin dari segi keterbatasan kuasa untuk menasihati, ataupun ketidaksanggupan menerima segala macam penghinaan, mereka membenci kemungkaran itu dalam hati. Mungkin iman mereka tidaklah sehebat para pendakwah. Maksud saya kekuatan jiwa mereka untuk menyuarakan kemungkaran itu kurang berbanding golongan pendakwah yang menyeru dengan lidah malah bertindak pula dengan tangan yang berkuasa.
Tidak kurang juga ada yang berjuang dengan mata pena. Saya kagumi tokoh-tokoh seperti penulis terkenal Dr Aidh' Bin Abdullah Al-Qarni. Dengan sebaris ayat yang ditulisnya mampu membuatkan insan yang lena bangkit terjaga. Golongan penulis hebat saya rasa dikatakan hebat kerana sebaris kata-katanya sahaja kadangkala mampu menggoncang dunia. Fatimah Syarha Mohd Noordin, usianya baru hendak menginjak 30-an. Bakatnya? Novelnya cukup sarat dengan pengajaran. Novelis yang saya rasa paling mendidik sekali dalam kalangan novelis Malaysia. Ya, saya kurang arif tentang novelis luar negara. =)
Dakwah itu sentiasa mekar jika semua mengamalkannya. Saya rasa, walaupun dunia bergolak dengan seribu satu macam krisis moral, sebenarnya masih lagi ada golongan pencinta dakwah yang mahu mengembalikan kesedaran, menghembuskan udara dakwah ke atmosfera dunia islam. Masih ada lagi yang bercita-cita menjadi daie. Masih wujud lagi orang-orang yang kuat berjuang.
Persoalannya, adakah cuma segelintir ini yang mahu berdakwah? Bukankah amar makruf nahi mungkar itu tanggungjawab semua umat? Kalau semua orang itu ada potensi, kenapa tidak semua sekali bangkit menyemarakkan dakwah? Kenapa tidak semua mengembangkan potensi yang ada dalam diri masing-masing? Kalaulah semua berusaha, mungkin bukanlah semua sekali 100% akan berjaya. Mungkin 80% yang mampu. Namun kalau ditimbang tara, bukankah 80 dari 100 itu lebih banyak berbanding 10 dalam seratus? Kalau yang tidak mampu berdakwah tetap berusaha, mungkin saja boleh jadi pengikut dan pelajar. Kiranya wujud pengajar dan pelajar dalam konteks dakwah islamiah, insyaALLAH kita semuanya mampu hidup dalam atmosfera agama yang subur. Kenapa tidak?
Di sini, atau di mana-mana ... wangian Islam itu harus sentiasa kita sebarkan :)
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan, telah ramai kapal karam didalamnya..
Andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini...
Friday, 23 December 2011
Thursday, 22 December 2011
Gagal Atau Berjaya, Bukan Segalanya :)
Semua tahu keputusan PMR 2011 sudahpun keluar :)
Tahniah kepada yang berjaya, dan la tahzan pada yang gagal mencapai sasaran.
Jangan sedih, jangan kecewa.
Allah tahu kenapa Dia tetapkan sesuatu itu.
Ada hikmah di sebaliknya.
Kadang-kadang kita dah usaha, tetapi kejayaan tak berpihak kepada kita.
Masa tu, kadangkala rasa nak hantuk kepala ke dinding.
Jangan, tak ada gunanya :) Tiada apa yang berubah dengan cara begitu.
Yang kita rasa baik tak semestinya baik.
Yang kita rasa buruk tak semestinya buruk.
Allah tahu sedangkan kita tidak.
Akal tak dapat menjangka sepenuhnya apa yang ditakdirkan.
Planning manusia tak dapat lawan planning Allah.
Cheer up guys and girls :)
Kejayaan tu amanah sebenarnya,
naik tingkatan empat nanti nak kekalkan tu bukannya sesenang 123 atau ABC.
Kegagalan tu pun amanah,
naik tingkatan empat nanti nak berusaha bangkit semula dari kegagalan.
So, both has pros and cons. Walaupun kita selalu prefer kejayaan.
Jangan ditelan terus sesuatu kerana manisnya,
dan jangan pula diluah terus kerana pahit sesuatu.
Jangan terlalu berbangga andai keputusan cemerlang.
Ingat selalu kita ini milik-Nya semata.
Dia beri kita kefahaman dalam pelajaran. Kalau Dia tidak beri, macam mana?
Jangan terlalu kecewa andai keputusan tidak mencapai sasaran.
Ingat selalu kita ini milik-Nya semata.
Dia berikan yang terbaik buat kita dan Dia tahu ujian sekadar mana yang kita mampu pikul.
Dan selalulah ingat, PMR ain't everything.
Okay, no offence.
Orang akan cakap,
'kau boleh la sembang, sebab dapat 8A/ dah habis PMR'
Ya, sebab saya sudah habis PMR saya cakap begini.
Saya faham perasaan itu sebab saya ada pengalaman dah.
Bukan saya saja, senior mana pun yang menjawab pertanyaan fasal PMR tu bercakap berdasarkan PENGALAMAN.
Bukan saja nak sedapkan hati orang :)
Dan kami tahu, tahun depan kalian pun akan ulang benda yang sama pada para junior. Trust me :P
PMR ain't everything. Allah is :)

Monday, 19 December 2011

Kisah Ka'abah yang tidak ramai ketahui...
Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui :)

Saturday, 17 December 2011
Cerita Pendek : Kenapa Tetap Tersenyum?
Seorang gadis baru sahaja dikecewakan oleh seorang lelaki yang telah lama dikenalinya.
Namun dia kekal tersenyum, cuma sesekali matanya kelihatan bergenang.
Rakannya hairan, kerana setahunya gadis itu benar-benar cinta akan lelaki tersebut.
Lantas dia bertanyakan keadaan gadis itu.
"Kau tetap senyum sajakah, padahal lelaki itu mengecewakan kamu? Sesekali sahaja kamu menangis padahal kekecewaan itu aku pasti bukan sedikit,"
Maka gadis itu menjawab,
"Untuk apa aku menangis panjang dan lama, sedangkan dia bukan satu-satunya yang aku cinta?"
Terkejut rakannya itu. "Selama ini kau main kayu tigakah?"
"Bukan setakat tiga, empat, malah tak terkira. Dia hanya sebahagian kecil dari hatiku,"
Bertambah peliklah tanggapan rakan gadis itu! Melihat rakannya begitu hairan, dia pun menjawab dengan tenang.

"Untuk apa aku menangis panjang, padahal Allah itu lebih aku cinta daripadanya.
Untuk apa aku menangis panjang, padahal ibu bapaku lebih aku cinta daripadanya.
Untuk apa aku menangis panjang, padahal keluarga dan sahabatku lebih aku cinta daripadanya.
Untuk apa aku menangis panjang, padahal dia baru bersamaku tidak lebih lama daripada Allah dan keluargaku?
Untuk apa aku menangis panjang, padahal kehilangannya tidak meragut seluruh hati aku?"
"Dan yang lebih utama, ternyata dia tidak pernah mencintai aku dengan selayaknya, bahkan tidak lebih daripada Allah, keluargaku dan sahabatku."
Gadis itu terus tersenyum. Kemudian rakannya meminta lagi alasan dan tidakkah dia berdendam, maka dia menjawab
"Lelaki itu kecewakan aku kerana Allah menentukan dia bukan yang terbaik untuk dunia dan akhiratku."
:) ^^ senyumlah kerana Dia masih ada ^^ (:
P/S : untuk lelaki, boleh terbalikkan sahaja wataknya. Sesiapa saja boleh diuji dengan kekecewaan. Anda pun manusia bukan handphone Xperia. :)

Friday, 16 December 2011
Di Sebalik Bismillah dan InsyaAllah
1~ "Bismillahirrahmanirrahim, izinkan saya mewarnai dewan ini dengan pidato saya,"
Ertinya ...
"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, izinkan saya mewarnai pidato saya.
2~ "Insya-Allah, esok aku akan bawa buku yang engkau minta semalam."
Ertinya ...
"Dengan keizinan Allah, esok aku akan bawa buku yang engkau minta semalam."
Dua ayat ini adalah kelaziman dalam kehidupan kita seharian. Menjadi suatu kebiasaan bagi kita memulakan ayat dengan dua lafaz, "Bismillahirrahmanirrahim" dan "Insya-Allah". Namun sejauhmana kita tahu makna sebenar di sebalik kata-kata yang kita ucapkan? Berupayakah kita menanggung setiap amanah yang datang bersama lafaz di bibir?
Dengan nama Allah ...
Maka sesungguhnya kita seumpama mewakili agama Islam, agama Allah dalam perbicaraan atau perbuatan yang kita mulakan dengan nama-Nya! Apakah dengan itu kita tidak terasa akan amanah yang ada dalam lafaz itu? Sesungguhnya, di situ terdapatnya amanah untuk kita melaksanakan perkara yang kita mulakan dengan basmallah, sebaik-baiknya. Kita perlu buat yang terbaik atas sesuatu yang kita mulakan dengan nama Allah.
Mari renungkan ... adakah dengan nama Allah, ini yang patut dilakukan
Contoh alasan skeptikal yang selalu ada
"Eh, bila masa pula aku janji dengan engkau ni? Aku cakap, 'Insya-Allah' aku belanja engkau hari ini. Tidak ada pun aku cakap 'Aku janji aku belanja engkau hari ini.' Lain aku cakap lain engkau faham."
Sebenarnya, apabila kita cakap maka wajib dikota. Allah bukankah sudah berfirman,
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Jadi, kalau sudah kita sendiri tidak berusaha mengotakan kata-kata kita, masakan Allah mengizinkan kata-kata itu terkota. Manusia tidak akan terus berada di bulan dengan sendiri. Dia perlu menaiki kapal angkasa, yang semestinya dicipta dengan usaha manusia-manusia juga. Rasulullah sendiri berusaha keras menyebarkan dakwah baginda, adakah kita yang tidak maksum ini boleh menunggu bulan jatuh ke riba? Astaghfirullahalazim ...
Ayuh renungkan, adakah dengan keizinan Allah, maka ini yang dilakukan ...
Maka, berhati-hatilah dalam pertuturan seharian. Adakah kita benar-benar menghayati amanah yang terkandung pada setiap patah perkataan? Wallahualam bisawab

- Dengan nama Allah, aku mulakan menjawab soalan peperiksaan ... tetapi kemudiannya tidur dalam dewan peperiksaan. Itukah sehabis baik?
- Dengan nama Allah, aku mulakan pidatoku ... tetapi kemudian 'aku' bicarakan bagai melepaskan batuk di tangga.
- Dengan nama Allah, aku mulakan menjawab soalan kuiz ... tetapi kemudian 'aku' meniru jawapan rakan sebelah.
- Dengan nama Allah, aku melangkah dari rumah ... tetapi kemudian 'aku' bertemu berduaan, malah bercengkerama dengan pasangan yang nyata belum halal sebagai mahramku.
- Dengan nama Allah, aku membaca Al-Quran ... tetapi khusyukku entah ke mana.
Contoh alasan skeptikal yang selalu ada
"Eh, bila masa pula aku janji dengan engkau ni? Aku cakap, 'Insya-Allah' aku belanja engkau hari ini. Tidak ada pun aku cakap 'Aku janji aku belanja engkau hari ini.' Lain aku cakap lain engkau faham."
Sebenarnya, apabila kita cakap maka wajib dikota. Allah bukankah sudah berfirman,
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berusaha mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Jadi, kalau sudah kita sendiri tidak berusaha mengotakan kata-kata kita, masakan Allah mengizinkan kata-kata itu terkota. Manusia tidak akan terus berada di bulan dengan sendiri. Dia perlu menaiki kapal angkasa, yang semestinya dicipta dengan usaha manusia-manusia juga. Rasulullah sendiri berusaha keras menyebarkan dakwah baginda, adakah kita yang tidak maksum ini boleh menunggu bulan jatuh ke riba? Astaghfirullahalazim ...
Ayuh renungkan, adakah dengan keizinan Allah, maka ini yang dilakukan ...
- "Dengan izin Allah, aku akan belanja engkau esok." ... kemudian sengaja meninggalkan dompet di rumah. Sebenarnya hati kata, memang tak mahu belanja pun.
- "Dengan izin Allah, aku akan mendapat 10A+ dalam SPM." ... kemudian buku pun tidak dibuka. Malaslah aku nak baca buku. Kalau baca pun Allah tak izinkan untuk dapat 10A+ buat apa.
- "Dengan izin Allah, aku akan menjadi penulis terkemuka suatu hari nanti." ... kemudian sepatah perkataan pun tidak ditaip. Allah tak izinkan ilham datang katanya, padahal diri sendiri tak pernah ingat nak usaha fikir dari pengalaman.
- "Dengan izin Allah, aku akan jadi jutawan!" ... kemudian siang mengira pasir, malam mengira bintang. Ya Allah, bilalah engkau nak turunkan rezeki untuk aku ni?
Maka, berhati-hatilah dalam pertuturan seharian. Adakah kita benar-benar menghayati amanah yang terkandung pada setiap patah perkataan? Wallahualam bisawab
Monday, 12 December 2011
Puasa Sunat Tasu'a dan puasa sunat Hari Asyura.
Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram .Hari Tasu'a pula merupakan hari yang kesembilan di bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.
10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu
* ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
* ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
* Diciptakan lautan pada 10 Muharram
* Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
* Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
* Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
* Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
* Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
* Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
* Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10
Muharram
* Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
* Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
* Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
* Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram 15
* Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
* Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
* Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
* Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
* Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
* Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
* Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
* Pada hari inilah Nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah
daripada musuh mereka.
* Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu
pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang
merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala.
Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh
tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah
pihak.
Walau pun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut.
Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.
Daripada Ibnu Abbas telah berkata :
Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini.
- Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -
Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.
- Diriwayatkan oleh imam Tarmizi -
Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah.
- Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -
Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram iaitu Hari Tasu'a bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan.
~ Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
~Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharram,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram( Hari Asyura ) hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 ( Hari Tasu'a ) atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
Kelebihan dan Fadilat lain .
Barangsiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka pahalanya seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.
Pada malam 10 Muharram pula,sekiranya ia bersedekah kepada seorang miskin maka ganjaran pahala seolah-olah dia bersedekah kepada semua orang miskin dimuka dunia ini
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan memberi pahala — 10,000 haji dan umrah dan 10.000 orang syahid.
Sunat pula bagi orang yang berpuasa membanyakkan sedekah kepada anak-anak yatim dan tangannya menyapu kepada anak yatim, nescaya Allah mengangkat darjatnya ke syurga kelak.
Ibnu Abbas meriwayatkan barangsiapa berpuasa maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat
Ibnu Abbas meriwayatkan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa',maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.

9 siti yang patut dicontohi.
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebatoleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketikaBaginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setiakpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidurberkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullahpernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Alimaafkan kamu.
3) Siti Aisyah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekasmakanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situbeliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggupditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibumithali).
5) Siti Mariam - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyaimaruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utkmengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian ygdihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik bagindamenjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknyakerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkatutk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaanorg ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmuddlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kitatergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kitatingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allahini, insyaAllah
Subscribe to:
Comments (Atom)

)